Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa
tegang fizikal, emosional dan psikologi. Semua insan mengalami tekan yang
berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan lain-lain.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia disebabkan oleh
kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi,
sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan
pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang
tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra
automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme
dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda
bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap
kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa
membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya,
maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan,
kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda.
Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan
dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan
tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat
kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk
memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga,
keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan
kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa
ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal
sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk
menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang
ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu
keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan
bergantung kepada bagaimana kita memandangnya - sikap . kita terhadap sesuatu
keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi
sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan
bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu.
Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara yang
terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda
tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai
pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang.
Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan,
anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta
apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu
“motivator”dengan memandang sesuatu keadaan secara positif. Terdapat beberapa
cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang.
Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling
berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. Senaman pernafasan. Pernafasan
membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak,
melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara
perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah
dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk
mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh
dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta.
Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur
(Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak
anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda
yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita
perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda
mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang;
menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik
secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk
menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi,
anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. Pengurutan
(Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan
anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi
massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. Kelegaan
otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan,
bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh
dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat
dan mudah. Muzik. Terapi uzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka
yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh
mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda
perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan
satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa
melengah-lengahkan. Kenalpast juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang
faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa
anda. Mebelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti
dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi
berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan
jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca
komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan
otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan
sistem pernafasan dan darah kita).
No comments:
Post a Comment