Proverbs 3:27-28

Do not withhold good from those who deserve it
When it's in your power to help them
If you can help your neighbor now, don't say,
"Come back tomorrow, and then I'll help you"

Wednesday 10 October 2012

Kertas Kerja Internship 1


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOHN TAEE
KERTAS KERJA
LATIHAN INTENSIF BOLA JARING
(TEKNIK HANTARAN)


TARIKH:   2 – 4 JULAI & 9 JULAI 2012
          TEMPAT:  GELANGGANG SERBAGUNA SK ST JOHN TAEE
ANJURAN: GURU PELATIH (SMP PJ 1109) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
DENGAN KERJASAMA:    
                  GURU-GURU SK ST JOHN TAEE, SERIAN
                   




1.0         TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sokongan pihak sekolah dengan tujuan berikut:
1.1         Untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan aktiviti latihan intensif (teknik hantaran) untuk bola jaring
1.2         Untuk memohon kebenaran menggunakan gelanggang serbaguna untuk tujuan latihan intensif secara penuh sepanjang tempoh 4 hari pelaksanaan.
1.3         Untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada pihak sekolah bagi menjayakan projek.
1.4         Memenuhi syarat program Internship bagi pelajar PISMP IPGM

2.0       PENGENALAN
Latihan Intensif Bola Jaring Peringkat ini merupakan satu usaha guru pelatih PISMP PJ untuk memenuhi syarat bagi program Internship iaitu pelaksanaan projek secara individu. Permainan ini begitu mendapat tempat di hati murid perempuan, namun tidak semua yang dapat menguasai teknik-teknik yang ada dalam sukan ini.  Oleh yang demikian, projek ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan pengajaran serta melatih murid untuk memahirkan diri dengan teknik permainan ini di samping mencungkil bakat, kemahiran serta mengeratkan silaturahim di antara murid-murid, guru pelatih, guru-guru  dan juga staf SK St John Taee di samping  memartabatkan lagi sukan bola jaring di SK St John Taee khasnya dan di Malaysia amnya

3.0        MATLAMAT
Projek Latihan Intensif Bola Jaring  ini dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan bola jaring, dapat menanamkan minat bersukan serta meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama antara murid

4.0       OBJEKTIF
Di akhir program ini, warga sekolah dapat :
1.    Meningkatkan kemahiran dalam permainan bola jaring
2.    Meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama antara ahli
3.    Mewujudkan perasaan afektif semasa bersukan.

5.0       TEMPAT
Gelanggang Serbaguna SK Saint John Taee, Serian.

6.0       TARIKH
             2, 3, 4 & 9 Julai 2012         

7.0       TEMPOH PELAKSANAAN
Empat hari













9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG
Encik Samus Rama

PENASIHAT
Encik Fieldie anak Tatut

SETIAUSAHA
Vianey binti Jugi

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
1.    Ajk Perancang dan Pelaksana
·         Vianey binti Jugi
Dengan kerjasama
·         Puan Catherine Gibbi
·         Angelina binti Andrew Daal
·         Arfiza binti Safian
·         Florence anak Jait

10.0 JADUAL AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN :
BIL
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
1
 20 Jun 2012
Guru Pelatih berbincang mengenai cadangan projek yang ingin dilaksanakan.


2
 21 Jun 2012
Guru Pelatih mengemukakan cadangan kepada guru pembimbing. Antara cadangan yang dibuat ialah :
·         Mengadakan program Latihan Intensif Bola Jaring bagi Teknik Hantaran
Cadangan diterima oleh Guru Besar.

3
  2 Julai  2012
Aktiviti latihan dimulakan secara rawak terlebih dahulu

4
  3 Julai  2012
Aktiviti latihan lebih difokuskan kepada beberapa teknik hantaran yang dipilih oleh guru pelatih


5
  4 Julai  2012
Aktiviti latihan dan permainan mini dijalankan untuk melihat perkembangan murid sepanjang latihan

6
  9 Julai 2012
Latihan terakhir dan permainan antara kumpulan.


11.0    PENUTUP
            Semoga aktiviti latihan intensif teknik hantaran bola jaring ini dapat memenuhi matlamat dan syarat program Internship PISMP IPGM. Hasil aktiviti ini akan membantu meningkatkan kemahiran dan semangat kesukanan serta mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan bola jaring bagi memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.



 Disediakan oleh:
……………………………………
(VIANEY BINTI JUGI)
Guru Pelatih SMPPJ1109
IPG Kampus Tun Abdul Razak

Disemak oleh:
……………………………………
( ENCIK FIELDIE ANAK TATUT)
Guru Mentor Program Internship
SK ST John Taee, Serian

Diluluskan oleh:
……………………………………
( ENCIK SAMUS ANAK RAMA )
Guru Besar
SK St. John Taee, Serian

No comments:

Post a Comment