Proverbs 3:27-28

Do not withhold good from those who deserve it
When it's in your power to help them
If you can help your neighbor now, don't say,
"Come back tomorrow, and then I'll help you"

Wednesday 10 October 2012

Cavendish Personaliti Tahunan Sukan BBC




LONDON: Juara berbasikal lebuh raya dunia, Mark Cavendish, dianugerahkan Personaliti Tahunan Sukan BBC, mengetepikan dua calon lain, pemain golf, Darren Clarke dan atlet olahraga, Mo Farah.
Pemenang jersi hijau Tour de France berusia 26 tahun itu, menjadi atlet berbasikal kedua merangkul pengiktirafan itu selepas kali terakhir dimenangi mendiang Tommy Simpson pada 1965.
Clarke yang bergelar juara golf Terbuka British tahun ini mendapat undian kedua terbanyak dengan pemenang pingat emas 5,000 meter dunia, Farah, di tangga ketiga.
Bagaimanapun pengiktirafan gemilang itu dibayangi dengan senario kurangnya atlet wanita yang disenarai pendek dalam kelompok 10 terbaik, padahal kejayaan 2011 turut disumbang kejayaan atlet wanita Britain selaku juara dunia.
Cavendish, yang menjadi harapan tuan rumah menuai pingat emas di Olimpik London tahun depan, mengungguli pungutan mata Tour de France 2011 selepas memenangi lima peringkat dan menjuarai Kejohanan Lumba Lebuh Raya Dunia di Denmark, September lalu.
“Saya hanya terkedu, malah ramai rakan seangkatan mengatakan senario ini jarang berlaku. Anugerah ini melakar kejayaan sukan berbasikal kerana bukan mudah untuk sukan berbasikal menerima pengiktirafan pada tahun bukan Olimpik,” katanya. – AFP
http://www.hmetro.com.my/articles/CavendishPersonalitiTahunanSukanBBC/Article

No comments:

Post a Comment