Proverbs 3:27-28

Do not withhold good from those who deserve it
When it's in your power to help them
If you can help your neighbor now, don't say,
"Come back tomorrow, and then I'll help you"

Wednesday 10 October 2012

Teks Ucapan Penutupan Kursus Kepengadilan Bola Tampar



Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Kepengadilan Bola Tampar Peringkat Negeri 2012


Terima kasih saudara pengacara majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

 Yang berusaha

Puan Salmi binti Haji Lilek, Penyelaras Kursus Kepengadilan  Bola Tampar Peringkat Negeri 2012.

___________________________________________________________________









Serta para peserta kursus yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T  kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita  bersama-sama dalam majlis perasmian penutupan Kursus Kepengadilan Bola Tampar Peringkat Negeri 2012 yang bertempat di IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) yang sudi hadir di IPG Kampus Tun Abdul Razak dan berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang sukan bola tampar pada kursus kepengadilan kali ini.

Tahniah  dan syabas juga kepada AJK Pengelola yang telah bertungkus lumus mengadakan kursus seumpama ini di kampus kita. Saya pasti, tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga daripada mereka ini, kursus kepengadilan ini tidak mampu diadakan. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para peserta kursus kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus kepengadilan ini.





Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian

Kursus kali ini  harus dilihat sebagai satu platform untuk melangkah ke tahap yang lebih jauh dalam bidang kepengadilan  bola tampar. Objektif utama kursus kepengadilan ini dilaksanakan adalah untuk melatih dan mendedahkan pelajar dan guru yang berpotensi untuk menjadi pengadil bola tampar yang berkesan dan bertauliah selain mendedahkan kepentingan dan aplikasi Sains Sukan dalam kepengadilan  Bola Tampar.

Selain itu, kursus ini merupakan medium untuk memperolehi maklumat terkini dan muthahir mengenai kepengadilan bola tampar peringkat Kebangsaan dan antarabangsa di samping mempertingkatkan lagi  ilmu pengetahuan kepengadilan dan kepegawaian melalui pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik dalam kursus.

Dalam pada itu, kursus ini turut memberi pendedahan tentang aplikasi pengetahuan kejurulatihan bola tampar terkini dan sains sukan bola tampar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sukan bola tampar selain membentuk sekumpulan pengadil bola tampar yang bertauliah terdiri daripda pelajar, guru dan pengadil yang terlatih dan berkebolehan membangunkan sukan bola tampar di Sarawak.

Kursus ini juga adalah batu loncatan untuk memperolehi Sijil Kepengadilan yang diiktiraf seperti yang diperlukan dalam sukatan gerak kerja kokurikulum pelajar PISMP di samping menambah baik dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran kepengadilan  dan pengelolaan kursus seperti yang diperlukan dalam sukatan proforma PJM3111 PISMP (Satu Program Tambah Nilai).

Hadirin sekalian,
 Saya amat mengharapkan kemahiran-kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperoleh  dalam kursus ini, dapat  dimanfaatkan  oleh  guru  pelatih  dalam kerjaya dan kehidupan mendatang. Saya  percaya  dalam  tempoh  4  hari  ini,  para  peserta kursus telah dapat menimba  sebanyak  mungkin  pengalaman,  kemahiran  dan perkongsian ilmu daripada  pihak  penganjur  sebagai persiapan untuk  menjadi  seorang pengadil bola tampar yang bertauliah dan berkebolehan, Insyaallah.

Dengan  lafaz  bismillahirrahmanirrahim,  saya  merasmikan penutupan  Kursus Kepengadilan  Bola Tampar Peringkat Negeri 2012 anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA)

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment