Matlamat merupakan sasaran yang dirancang
untuk dicapai dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat di definisikan
sebagai mencapai tahap dan kecekapan spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti
yang dapat disukat dalam unit jarak, masa dan tingkat pencapaian matlamat
(Locke, 1981). Penetapan matlamat merupakan salah satu strategi psikologi yang
berkesan untuk meningkatkan prestasi. Dalam penetapan matlamat, terdapat tiga
tahap iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat
jangka pendek.
Gould dan Murphy lebih memfokuskan kepada
matlamat individu dan jarang kepada matlamat kumpulan. Untuk memahami matlamat
kumpulan, kita terlebih dahulu perlu memahami matlamat setiap individu dalam
kumpulan tersebut.
1. Tetapkan
matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome).
2. Tetapkan
matlamat yang mencabar
3. Tetapkan
matlamat yang munasabah
4. Tetapkan
matlamat yang spesifik
5. Tetapkan
matlamat jangka pendek
6. Tekankan
kepada matlamat individu bukan pasukan
Widmeyer dan Ducharme (1997) pula lebih kepada matlamat
kumpulan berbanding matlamat individu, antara 6 prinsip keberkesanan matlamat
kumpulan iaitu :
1. Membuat
matlamat jangka panjang dahulu
2. Matlamat
jangka pendek menuju ke matlamat jangka panjang
3. Melibatkan
semua peserta dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan
4. Memerhati
kemajuan terhadap matlamat kumpulan
5. Memberi
penghargaan terhadap matlamat
6. Menggalakkan
keyakinan kumpulan dan keberkesanan terhadap matlamat kumpulan
Dalam menentukan matlamat, terdapat beberapa aspek atau
cabang penting yang perlu dititikberatkan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Antara aspek-aspek tersebut ialah penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat
jangka panjang serta set matlamat positif dan set matlamat negative.
1.
Penentuan
matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang
Bagi atlet, penentuan
matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Biasanya atlet akan berusaha
untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan, sama ada kemenangan atau memperbaiki
rekod peribadi. Dorothy dan Roscoe (1995), mendapati bahawa matlamat akan
meransang dan meningkatkan usaha berterusan. Hal ini bermakna penentuan
matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet. Contohnya, dalam acara 100
meter, pada peringkat pertama atlet tersebut mencatat masa 11.05 saat,
peringkat kedua mencatat 10.85 saat dan seterusnya 10.35 saat. Yang dimaksudkan
di sini ialah catatan yang dinilai dalam setiap bulan. Apabila atlet melihat
pretasi sedemikian maka ini mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih tekun
lagi.
Penentuan matlamat
juga boleh dijadikan sasaran setiap individu. Bagi penentuan matlamat jangka
panjang, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk dicapai atas
sebab kebosanan serta gambaran tentang pencapaian agak kabur. Oleh itu, dalam
keadaan ini, penentuan jangka pendek sangat mustahak dan berkesan. Semasa
mencuba untuk mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap matlamat
jangka panjang juga menjadi sandaran ataupun menjadi tumpuan. Kebosanan dan
gambaran dalam jangka masa panjang dapat diatasi. Di samping itu, pencapaian
yang diperoleh dalam jangka masa pendek dapat membangkitkan semangat atlet
untuk mencapai penentuan matlamat jangka panjang.
2.
Set
matlamat positif dan set matlamat negative
Penentuan matlamat
boleh dibentuk sama ada matlamat itu bersifat positf mahupun bersifat negative.
Matlamat positif dalam permainan tenis contohnya dapat meningkatkan peratusan
yang baik semasa melakukan servis yang pertama. Manakala matlamat negative pula
bertindak berlawanan dengan matlamat positif iaitu cuba mengurangkan peratusan
servis yang kurang baik. Walaupun begitu, kedua-dua matlamat ini mempunyai
sasaran yang sama iaitu memperbaiki pencapaian dan prestasi atlet dalam
permainan atau pertandingan.
Menurut Bell (1980),
kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negative tetapi penentuan
matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan cara positif. Matlamat yang
bersifat positf boleh membantu atlet menuju matlamat ke arah kejayaan bagi
menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini.
Selain itu penentapan matlamat dalam sukan untuk
bertindak untuk membantu jurulatih dan atlet mengetahui bagaimana hendak
mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat-matlamat. Ini
kerana penetapan matlamat dirancang selepas jurulatih melihat persembahan awal
para atlet di peringkat latihan sebelum dihantar ke peringkat pertandingan
Atlet juga perlu
menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya. Matlamat yang
ditetapkan oleh atlet bergantung kepada tahap moral dan motivasi individu itu
sendiri. Penetapan matlamat penting kerana ia bukan hanya merangsang pemikiran
atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara
berperingkat–peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan
matlamat diperlukan untuk pertandingan
dan latihan atlet sendiri. Erti kata lain, jurulatih harus berupaya membantu atlet menentukan
matlamat-matlamat ini
“Goal” atau matlamat mempunyai ciri-ciri penting iaitu ia
mempunyai pergerakan ke arah sesuatu dan ia juga turut mempunyai sedikit
intensiti ke arah sesuatu. Matlamat mungkin menjadi sesuatu yang sangat penting
dalam hidup atlet atau hanya sebagai
sederhana penting sahaja sahaja Sebagai contoh, jurulatih atau atlet
selalu menetapkan matlamat untuk menang dalam diri mereka. Namun begitu,
kandungan matlamat untuk menang itu mempunyai dua kemungkinan iaitu menang
pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan dalam sesuatu musim.
Jurulatih dan atlet juga perlu menetapkan matlamat
perlakuan dalam menjalankan latihan. Ini kerana matlamat perlakuan terhad
kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contohnya, jurulatih mahukan atlet
mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain
kemahiran. Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna dan berguna kerana
atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu
pertandingan. Ini kerana hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar dikawal
serta ditentukan kerana ia bergantung kepada faktor-faktor lain seperti rakan
sepasukan atau lain-lain. Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat
perlakukan yang 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakkan matlamat ini tidak
boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh itu, atlet hendaklah menetapkan
matlamat-matlamat yang individu itu sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.
Dalam sukan, pencapaian diukur
dengan kemenangan. Menang sering kali dilihat sebagai kejayaan dan kalah
sebagai kekalahan kerana pemenang lebih dihargai oleh penonton berbanding orang
yang kalah. Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka
keyakinan dirinya bergantung kepada menang atau kalah yang ditentukan oleh
orang lain. Jika begitu keadaan yang berlaku semasa atlet menghadapi
pertandingan, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.
Jadi, mengapa perlunya matlamat perlakuan semasa
merancangan penentuan matlamat? Seharusnya, jurulatih bertindak untuk menukar
persepsi atau pandangan tersebut dalam diri atlet. Jurulatih bertanggungjawab
membantu atlet mendapatkan keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri
walaupun mengalami kekalahan semasa pertandingan. Jurulatih seharusnya
mengantikan matlamat kemenangan dengan matlamat perlakuan yang lebih bersifat
realistik kerana kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuati
melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi perlakuan orang
lain.
Penetapan matlamat merupakan cara yang sesuai untuk
menaikkan semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan. Dalam
perlawanan yang melibatkan persaingan dua musuh tradisi, atlet yang terlibat
tidak menghadapi masalah untuk meningkatkan tahap kebangkitan mereka.
Masing-masing sudah bersedia untuk bersaing di gelanggang perlawanan. Cabaran
kepada jurulatih atau psikologis sukan adalah untuk meningkatkan tahap
kesediaan atau kebangkitan atlet bagi menghadapi lawan. Bayangkan bagaimana
cara untuk meningkatkan kesediaan pasukan sepak takraw negara apabila bertemu dengan
Thailand. Justeru itu, penetapan matlamat yang realistic dan berkesan perlu
untuk memastikan mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan lawan.
Seperti yang dijelaskan tadi, matlamat yang realistic dan
berkesan perlu disasarkan untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet
berkenaan. Matlamat yang disasarkan perlu mencabar, tetapi masih boleh dicapai.
Matlamat yang bersifat pencapaian seperti mendapat pingat emas atau menang
perlu dielakkan, sebaliknya tumpuan perlu kepada matlamat yang berorientasikan
proses atau pencapaian terbaik atlet terbabit.
Kajian
Berkaitan Keberkesanan Penetapan Matlamat
Perbandingan
antara penetapan matlamat yang spesifik dengan yang tidak spesifik (subjektif).
·
Dapatan Kajian menunjukkan
bahawa penetapan matlamat yang jelas dan spesifik menghasilkan prestasi yang
konsisten
·
90% subjek mendapat kesan
yang positif
·
Penetapan matlamat adalah
teknik yang terbaik untuk meningkatkan prestasi
Perbandingan
antara kombinasi antara kesukaran matlamat, matlamat yang
nyata
dan jelas dan pelbagai matlamat.
·
Dapatan mendapati matlamat
yang sukar lebih efektif dalam meningkatkan prestasi berbanding dengan matlamat
yang mudah.
·
Matlamat yang spesifik lebih
efektif berbanding dengan matlamat umum
·
Kesimpulannya matlamat
khusus, matlamat sukar dan matlamat kumpulan adalah lebih berkesan dalam
meningkatkan prestasi daya tahan tugasan
Jenis-jenis
Penetapan Matlamat
·
Matlamat dari Hasil (Outcome
Goals) seperti keputusan pertandingan
·
Matlamat Proses / Prestasi
(Performance Goals) seperti tingkahlaku khusus atlet
Prinsip-prinsip
Penetapan Matlamat
·
Cox (1994 ) menggariskan
beberapa prinsip Penetapan Matlamat yang perlu ada dalam diri individu atau
pasukan untuk mencapai matlamat yang lebih berkesan.
·
Terdapat 5 prinsip asas
penetapan matlamat;
1. Utamakan
matlamat pencapaian prestasi bukan sekadar matlamat pencapaian hasil
·
Matlamat difokuskan kepada
pencapaian prestasi individu terlebih dahulu supaya dapat membuat persembahan
terbaik semasa pertandingan.
2. Penetapan
matlamat yang mencabar
·
Atlet akan membuat latihan
yang lebih gigih untuk mencapai matlamat yang lebih mencabar
·
Matlamat yang mencabar akan
lebih memotivasi atlet dari matlamat yang mudah dicapai
·
Matlamat yang tidak dicapai
hendaklah diterima dan dijadikan panduan
3. Penetapan
matlamat spesifik
·
Bagi atlet adalah sukar
untuk mengenalpasti samada matlamat yang ditetapkan itu dapat dicapai atau
tidak.
4. Menggunakan
matlamat jangka pendek untuk mencapai matlamat jangka panjang.
·
Matlamat Jangka pendek untuk
menyedarkan matlamat jangka panjang
·
“Kejayaan bukan satu
destinasi tetapi merupakan satu perjalanan; kejayaan akan dikecapi sepanjang
perjalanan”
5. Penetapan
matlamat yang realistik - boleh dinilai / ukur
·
Kenalpasti tercapai atau
tidak
·
Matlamat yang khusus perlu
ditetapkan untuk menilai sejauhmana keberkesanan dan pencapaian matlamat.
·
Penetapan matlamat harus
mengikut tahap pencapaian atlet
·
Pencapaian prestasi perlu
didokumentasikan
Faedah
Penetapan Matlamat
Kesan
Penetapan Matlamat Dalam Program latihan terhadap prestasi fizikal dan
mental
:
·
Tahap keyakinan kendiri,
motivasi dan tahap kebimbangan.
·
Atlet yang terlibat dengan
penetapan matlamat dalam program latihan akan belajar memberi penumpuan yang
lebih tinggi dalam penetapan prestasi dan pemikiran yang positif
·
Dapatan ini disokong oleh
kajian Berton (1984) mendapati bahawa matlamat memberi hubungan yang positif
terhadap prestasi dan atribusi psikologi positif
·
Kemenangan adalah impian
atlet dalam sukan.
·
Kemenangan adalah bukti
kejayaan dan maruah atlet.
Faedah
Penetapan Matlamat
·
Sentiasa yakin diri dan
bersedia menghadapi pelbagai situasi semasa latihan dan pertandingan.
·
Mengekalkan penumpuan
terhadap kerja atau tugasan untuk mencapai matlamat.
·
Mengekalkan ketenangan dalam
diri semasa melaksanakan tugasan dan menghasilkan prestasi yang baik
·
Mengamalkan pemikiran yang
Positif sebelum atau semasa bertanding membantu mencapai matlamat
·
Semangat kesepaduan atau
komitmen dalam pasukan membawa kepada peningkatan prestasi.
Proses
Dalam Penetapan Matlamat
·
Analisis tugas motor -
Kenalpasti tugas motor; apa yang hendak dicapai
·
Pengukuran Prestasi -
Tentukan pengukuran pencapaian – masa, rintangan, ulangan dan jarak
·
Penentuan Piawai - Tentukan
pencapaian mengikut piawai berdasarkan maklumat prestasi. Contoh: Mengikut
rekod yang lepas dalam satu-satu acara
·
Pengutamaan matlamat -
Penetapan matlamat ikut keutamaan
·
Penyelarasan keperluan -
Menyelaraskan mengikut keperluan atlet dan sukan
Praktikal
Membentuk
/ Menulis Penetapan Matlamat berdasarkan sukan masing-masing,
kemudian
bincang dengan jurulatih dalam pasangan.
·
Satu atau Dua Matlamat
Jangka Pendek
·
Satu atau Dua Matlamat
Jangka Sederhana
·
Satu atau Dua Matlamat Jangk
Panjang
·
Satu atau Dua Matlamat Hasil
·
Satu atau Dua Matlamat
Proses / Prestasi
Motivasi
(Motivation)
Definisi
Motivasi
didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu
usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam
konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau
menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan
individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi
penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya
dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh
motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam
aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi
intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan
sebagai motivasi ekstrinsik.
MOTIVASI
Sumber
intrinsik
Melibatkan
usaha dalaman diri atlet, memperbaiki pencapaian, berjuang, bersaing bagi
mencapai kejayaan dan tidak dipengaruhi oleh ganjaran atau pengaruh luaran
Sumber
Ekstrinsik
Berdasarkan
faktor-faktor luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran berbentuk
kebendaan, pujipujian, penghormatan atau anugerah tertentu serta kebenaran dan
galakan ibu bapa
Motivasi
dan ganjaran
Ganjaran
ekstrinsik dan intrinsik boleh mendatangkan kesan positif atau negative kepada
atlet yang bertanding dalam sesuatu bidang sukan. Penyertaan atlet yang bermotifkan
ganjaran ekstrinsik dan pada masa yang sama mendapat pengiktirafan terhadap
kebolehan atlet akan meningkatkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Sebaliknya,
jika ganjaran ekstrinsik menjadi sasaran kepada penyertaan atau penglibatan
atlet tadi, tetapi tidak menerima pengiktirafan terhadap kebolehannya maka ini
akan melemahkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Individu yang bermotivasi
intrinsik mempunyai keazaman diri yang kental. Penyertaan dalam sesuatu
pertandingan akan memberi kepuasan dan keseronokan pada dirinya. Disamping itu
juga, ia dapat meningkatkan kemahiran, persaingan semulajadi dalam sukan serta
sasaran pencapaian prestasi.
Kemahiran
memotivasikan diri
Dalam
sukan, penetapan matlamat adalah relevan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan
tingkah laku perlu bersifat kognitif untuk dijadikan pendorong kepada lakuan
yang perlu bagi mencapai matlamat. Jurulatih, atlet dan mereka yang terlibat dalam
bidang sukan menggunakan teknik penetapan matlamat untuk meningkatkan kemahiran
atau prestasi dalam aktiviti fizikal dan sukan. Dorothy dan Roscue (1995),
mendapati bahawa matlamat akan merangsang dan meningkatkan usaha yang
berterusan.
No comments:
Post a Comment